CERITA DI SEBALIK MADU


KEAJAIBAN MADU

Madu adalah cecair yang keluar daripada dalam perut lebah yang terhasil melalui hisapan debunga. Percaya atau tidak, kali terakhir aku konsum ubatan daripada klinik dan hospital adalah sekitar tahun 2006 iaitu 14 tahun yang lalu (2019). Mulai saat itu, aku jarang sekali jatuh sakit oleh kerana amalan memakan madu ini. Kisah aku ini bermula apabila aku terbaca satu petikan di dalam Al-Quran:

“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “buatlah sarang-sarang di bukit-bukit dan ditempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat obat yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan” (An-Nahl: 68-69)


Semenjak dari itu, aku terus meyakini bahawa ubat segala penyakit adalah madu. Tidak kiralah apa jua sakit yang datang, ubat yang pertama sekali akan masuk ke dalam badan aku ialah madu. Sakit kepala, sakit perut, sakit telinga, sakit gigi, pening, demam, batuk, selesema dan lain-lain penyakit, aku lebih meyakini madu berbanding ubatan klinikal.


Apabila sakit makanlah, minumlah madu. Sebagai amalan, minumlah sebelum tidur kerana madu dapat membantu membaikpulih sel-sel yang telah rosak, malah ketika tidurlah badan manusia melakukan proses pembaikan pulih ini.



KHASIAT MADU


A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH

1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.


B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.

1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

Comments