BATU
TERLEPAS DARI NERAKA
Pada
zaman dahulu, seorang nabi bertemu seketul batu kecil di tengah jalan. Beliau
hairan dan tercengang melihat air mencurah-curah keluar dengan banyak melalui
serkahan batu itu. Dengan izin Allah, batu itu boleh berkata-kata.
"Semenjak aku dengar Firman Tuhan bahawa bahan bakar neraka ialah manusia
dan batu, aku selalu menangis ketakutan!"
Lalu nabi itu bermohon supaya
batu itu terlepas dari api neraka.
Beberapa
lama kemudian, nabi itu menjumpai batu itu sekali lagi dalam keadaan menangis
seperti dulu. Beliau bertanya batu itu kenapa dia menangis lagi sedangkan dia
terselamat dari menjadi bahan bakar api neraka. "Dulu aku menangis kerana
ketakutan tetapi sekarang aku menangis kerana bersyukur dan
gembira!!"
MORAL & IKTIBAR
- Batu juga adalah makhluk Allah
yang mempunyai perasaan
- Batu menjadi bahan bakar api
neraka selain manusia
- Makhluk jumud boleh berkata jika
diizinkan Allah
- Orang yang kasyaf yakni mereka
yang dibukakan oleh Allah pintu hijab dapat mendengar dan melihat perkara
yang tersirat
- Hati manusia seperti batu yang
keras - sukar menerima nasihat dan petunjuk kecuali mereka yang
diizinkan
- Hati manusia bisa dilembutkan
dengan cara tangisan seperti batu tadi. Menangis kerana takut akan azab
Allah dan juga kerana rasa syukur dan gembira akan nikmat kurniaan
Allah
- Batu yang tidak mempunyai akal
pun takut dibakar dalam neraka, bagaimana pula keadaanya manusia yang dikurniakan akal
- Manusia yang berhati batu tidak akan mendapat kurniaan dan rahmat Allah
Comments
Post a Comment