Pada
suatu hari, Khalifah Umar ibni Khattab berjalan-jalan di lorong-lorong dalam
kota Madinah. Apabila sampai di persimpangan jalan, beliau terserempak dengan
seorang pemuda yang membawa kendi. Ini menimbulkan sangkaan buruk Umar terhadap
pemuda itu. Lantas Umar menyoal, "Apa yang engkau bawa itu?" Dalam
keadaan ketakutan pemuda itu terketar-ketar menjawab, "Madu, wahai
Umar.." Sebenarnya pemuda itu sedang membawa kendi arak.
Selepas
berkata demikian, timbul perasaan insaf di hatinya untuk bertaubat dari minum
arak. Dia menyesal melakukan perbuatan yang ditegah agama. Dia benar-benar
berharap sambil berdoa supaya Khalifah Umar tidak memeriksa isi kendi itu.
Namun Khalifah Umar tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh
pemuda itu; lalu mengambil kendi itu untuk diperiksa.
Doa pemuda itu
dikabulkan Allah. Apabila diperiksa, Baginda Umar dapati di dalamnya terdapat
madu. Allah menukarkan arak menjadi madu. Dengan demikian pemuda itu
terselamat dari tindakan Khalifah. Semenjak peristiwa itu, pemuda itu bertaubat
dan berjanji tidak akan meminum arak lagi.
MORAL
& IKTIBAR
- Allah Taala sentiasa
memperkenankan doa orang yang bertaubat ikhlas kepadaNya
- Setiap pemimpin mestilah
bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan oleh rakyat yang dipimpinnya.
- Setiap pemimpin akan disoal
mengenai kepimpinannya
- Kebajikan yang dibuat ikhlas kepada Allah menghapuskan dosa kejahatan yang dibuat sebelumnya.
Comments
Post a Comment