Sufyan Atsauri berkata: "Sepuluh
macam daripada kekejaman ialah:
1. Seorang yang berdoa untuk dirinya
sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.
2. Seorang yang pandai membaca
Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.
3. Seorang yang masuk masjid lalu
keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.
4. Seorang yang berjalan melalui kubur
tapi tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat
kemudian tidak sembahyang jemaah.
6. Seorang yang di daerahnya didatangi
oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
7. Dua orang yang bertemu di
perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
8. Seorang diundang pada jamuan
tiba-tiba tidak datang.
9. Pemuda yang tidak ada kerja dan
tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
10. Seorang yang kenyang sedang dia
tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.
Comments
Post a Comment