Kadang2 kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa
yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau
telah dilalaikan atau terikut2 dgn budaya hidup orang lain.
1. Amalan kenduri
arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu
kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik
dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan
jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan
kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan,
terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca
tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau2 mereka
termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan
si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke
kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang
yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka
segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarahi orang mati, tidak
segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarahi keluarga si matilah
kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa
kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah
pendapatan.
3. Ketika
menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak
tetapi bila menghadap Allah baik di rumah mahupun di masjid, pakaian lebih
kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang
terbalik.
4. Kalau menjadi
tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai
habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut
dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang di hidang supaya tuan rumah rasa
gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat
sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan
sebaik2nya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh
Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa
adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi
kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang
Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam
setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah.
Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak
mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke
Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri
dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat
kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini
terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibu bapa
amat bimbang kalau2 anak mereka gagal dalam peperiksaan. Maka dihantarlah ke
kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya kalau anak tak boleh baca Quran atau
solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas
khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu
pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20
kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita
sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat baca al-Quran atau bersolat.
9. Kalau bekerja
mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja.
Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi
ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke
masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke
rumahNya segan dan malas.
10.Seorang isteri
kalau nak keluar rumah sama ada dengan suami atau tidak, bukan main lagi
berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masya-Allah. Sedangkan yang dituntut
seorang isteri itu berhias untuk suaminya,bukan berhias untuk orang lain.
Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.
Comments
Post a Comment